fbpx

Budak lelaki maut, dipukul guna objek keras berulang kali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

AMPANG JAYA – Kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun didera oleh ibunya bersama kekasih di Taman Bukit Ampang, dekat sini semalam, maut akibat pendarahan dalam kepala.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, mangsa yang maut dipukul dengan objek keras dan tumpul berulang kali.

Katanya, mangsa turut mengalami lebam pada muka, leher, tangan dan kaki mangsa.

“Mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat, mengesahkan punca kematian adalah pendarahan dalam kepala,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Jelas Mohd. Azam, susulan itu pihaknya menahan ibu kandung serta teman lelakinya masing-masing berusia 25 dan 36 tahun pada pukul 5.15 petang di Taman Bukit Ampang.

Hasil ujian air kencing mendapati teman lelaki suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine, manakala ibu kandung mangsa negatif.

Semakan juga menunjukkan lelaki itu mempunyai tiga rekod jenayah lampau, manakala wanita tersebut tiada rekod,” katanya.

Ujarnya, kedua-dua suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, media melaporkan kanak-kanak terbabit dibiar demam tanpa rawatan sehingga sawan selain dipukul dengan rotan.

Menurut sumber, ibu mangsa pada mulanya menghubungi polis memaklumkan anaknya itu tidak sedarkan diri di rumahnya petang semalam.

Bagaimanapun, pemeriksaan polis mendapati mangsa tidak sedarkan diri dan suspek memberitahu anaknya itu diserang sawan selepas mengalami demam.

Pemeriksaan lanjut pihak polis turut menemukan kesan kecederaan pada mayat kanak-kanak itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI