fbpx

Harimau Selatan baham The Rhinos 4-0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pertahanan JDT Jordi Amat bersaing menanduk bola bersama pemain tengah Sabah FC Darren Lok pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri malam ini. - Foto oleh RAJA JAAFAR ALI / KOSMO!

ISKANDAR PUTERI – Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak berdepan masalah menundukkan Sabah FC selepas melepaskan pelawat dengan jaringan 4-0 dalam perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) di sini malam ini.

Perlawanan separuh masa pertama bermula seimbang dengan kedua-dua pasukan aktif menyusun gerakan, namun JDT melalui Juan Muniz Gallego berjaya menyempurnakan tendangan percuma dari luar kotak penalti pada minit ke-51 menjadikan kedudukan 1-0.

Juan Muniz sekali lagi mencetak nama selaku penjaring gol apabila menjadikan kedudukan 2-0 selepas menyempurnakan hantaran Heberty Fernandes pada minit ke-69.

Harimau Selatan terus menghukum Sabah FC apabila kesilapan Park Taesu kerana menggerakkan tangan bagi mengeluarkan bola daripada kotak penalti menyebabkan JDT diberi sepakan penalti pada minit ke-79 dan peluang itu disempurnakan Bergson.

Bergson sekali lagi muncul wira JDT apabila secara solo menggelecek dua pemain Sabah FC dan memperdaya Khairul Fahmi dan merembat ke dalam gawang The Rhinos pada minit ke-83.

Kedudukan 4-0 itu kekal sehingga tamat masa perlawanan, menyaksikan JDT terus unggul di kedudukan teratas Liga Super selepas mengharungi 17 perlawanan tanpa kalah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI