fbpx

Lelaki China ditahan curi kad kredit dalam pesawat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

BALIK PULAU – Tindakan pantas polis berjaya menahan seorang lelaki warga China yang disyaki cuba mencuri kad kredit milik seorang penumpang wanita dalam pesawat komersial dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang, hari ini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, suspek berusia 54 tahun diberkas pihak keselamatan pesawat selepas menerima aduan daripada mangsa iaitu seorang pelancong wanita warga Australia berusia 44 tahun.

“Suspek akan direman di Mahkamah Majistret Balik Pulau esok untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 379/511 Kanun Keseksaan.

“Jika sabit kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tujuh tahun, denda atau kedua-duanya,” katanya di sini hari ini.

Menurut Sazalee, pihaknya percaya suspek adalah anggota sindiket yang terlibat dalam beberapa kes kecurian dalam pesawat komersial di daerah ini pada November dan Disember 2024.

“Dalam tiga kejadian sebelum ini, tiga lelaki warga China dari Hunan berumur antara 51 hingga 61 tahun telah ditahan dan didakwa di mahkamah. Kesemua kes ini dipercayai berkait rapat,” ujarnya.

Beliau turut menasihati penumpang pesawat agar sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dengan menyimpan barang berharga di tempat yang mudah dipantau. – KOSMO! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI