fbpx

Kualiti udara terbersih di dunia, Kuching bandar kedua selepas Copenhagen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kuching menjadi bandar raya kedua selepas Copenhagen, Denmark dinobatkan sebagai bandar yang mempunyai kualiti udara terbersih di dunia.

Menurut data terkini daripada laman pemantauan kualiti udara global, IQAir, ibu negeri Sarawak itu berjaya menduduki tempat kedua, hanya di belakang Copenhagen, Denmark.

Info tersebut pastinya merupakan berita gembira kepada penduduk serta rakyat di Sarawak dan seluruh Malaysia.

Setakat ini, indeks kualiti udara (AQI) Kuching direkodkan pada angka 11, manakala Copenhagen mencatatkan AQI serendah 8 untuk berada di tangga pertama.

Sebagai perbandingan, ibu kota Malaysia, Kuala Lumpur, mencatatkan AQI sebanyak 44 seterusnya meletakkan bandar raya itu berada di tangga ke-49 dalam senarai global.

Bandar Lahore di Pakistan pula dinamakan sebagai bandar dengan udara paling tercemar di dunia dengan AQI yang mengejutkan, iaitu 425. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI