fbpx

‘Abang besar’ mengamuk di Pos Brooke

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Alang melihat dinding rumah buluh miliknya yang tercabut selepas dirosakkan kumpulan gajah liar di Kampung Mendrod, Pos Brooke di Gua Musang semalam. – AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Lebih 400 penduduk Orang Asli hidup dalam ketakutan apabila sekumpulan gajah liar mengamuk dan merosakkan rumah buluh di kawasan kebun di Kampung Mendrod, Pos Brooke di sini sejak Ahad lalu.

Penduduk mendakwa kejadian berlaku pada waktu malam dan awal pagi apabila haiwan itu berkunjung ke kawasan rumah penduduk sebelum menolak dan mencabut dinding bagi mencari makanan.

Penduduk Orang Asli, Alang Budi, 50, berkata, setakat ini, sebanyak enam buah rumah musnah dengan serpihan buluh dan barangan dalam rumah ber­gelimpangan atas tanah.

Katanya, penduduk menemui banyak kesan tapak kaki dan tompokan najis gajah yang ber­taburan di lokasi berkenaan.

“Saya bersama tujuh ahli keluarga bernasib baik kerana sempat menyelamatkan diri selepas terdengar bunyi bising gajah.

“Apabila datang semula ke lokasi keesokan harinya, saya terkejut apabila melihat rumah buluh sudah rosak. Sebuah motosikal, katil dan tilam turut meng­alami kerosakan,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Peterson Peter Anjit, 53, membe­ritahu, rumahnya condong dan rosak selepas diserang gajah liar. Kejadian disedari pukul 8 pagi kelmarin selepas melihat bara­ngan termasuk tong gas berada di luar rumah.

“Sebelum ini sudah banyak kali gajah datang ke sini, tetapi tidak membuat kacau seteruk ini. Jadi kami merayu Perhilitan (Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara) dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) membantu kerana bimbang nyawa ahli keluarga melayang selain kerosakan harta benda,” katanya.

Sementara itu, Penghulu Kampung Mendrod, Alang Busu menyifatkan serangan gajah liar kali ini adalah yang terburuk sejak tujuh tahun lalu dan dianggarkan terdapat lapan ekor gajah yang berkeliaran di kawasan kampung berkenaan.

Katanya, penduduk sudah membuat laporan kepada Per­hilitan dan polis Khamis lalu.

“Sebelum ini, apabila kita halau gajah itu akan lari, tetapi kali ini kita dapati lampu diod pemancar cahaya yang dibekalkan Perhilitan pun ‘tidak jalan’. Kami buat unggun api, tetapi dipijak pula oleh haiwan tersebut.

“Penduduk berasa sa­ngat takut jika gajah tersebut bertindak ganas. Jadi kami mohon pihak berwajib untuk atasi segera masalah ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI