fbpx

Udang kara air tawar yang cuba diimport ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian dagangan udang kara air tawar yang ditahan oleh Maqis di KLIA, Sepang pada Sabtu lalu.

SEPANG – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) telah menahan sebanyak 197 kilogram (kg) udang kara air tawar yang diimport dari Indonesia bernilai kira-kira RM3,300 pada Sabtu lalu.

Pengarah Maqis Negeri Selangor, Dr. Tarmisal Alimin berkata, penahanan ke atas dagangan lobster tersebut dilakukan ketika pemeriksaan rutin yang dijalankan di kawasan pemeriksaan Maqis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Kargo pada pukul 4 petang.

“Ketika pemeriksaan lanjut dilakukan, didapati dagangan udang kara tersebut tiada sebarang dokumen sah seperti permit import Maqis,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, pengimportan udang kara tanpa permit import Maqis merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 11(1) Akta 728.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI