fbpx

Macau Scam: Nama dah bersih, Shuib mahu SPRM bagi ‘pencerahan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHUIB

PETALING JAYA –  Pelawak Shuib mengakui perniagaan produk minumannya, BubbleBee agak terjejas akibat isu Macau Scam sejak dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membantu siasatan

Menurut Shuib atau nama lengkapnya, Shahmira Muhamad, 36, berikutan kes berkenaan ada pihak datang ke cawangan kedai memaki dan mendesak perniagaan ditutup.

“Ada yang datang ke outlet (cawangan kedai) maki, suruh tutup sebab Macau Scam. Jualan pun menurun.

“Bagaimanapun, penjualan kemudian semakin meningkat semula sebab ada yang tunggu produk BubbleBee ini, terutama sekali ketika cawangan baharu dibuka.

“Sekarang ini saya dalam proses untuk meminta SPRM keluarkan surat yang menyatakan saya tidak ada kaitan. Kalau semua sudah bersih, saya akan buat satu sidang akhbar,” katanya.

Menurut Shuib, hasil perbincangan dengan peguam mewakilinya mengendalikan kes tersebut, dia diberitahu tidak lagi terkait dengan kes berkenaan.

Katanya, peguamnya juga ada menyarankan supaya dia mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang telah melemparkan fitnah melampau terhadap dirinya berhubung isu berkenaan.

Shuib bagaimanapun memberitahu dia enggan mengambil sebarang tindakan dan telah memaafkan mana-mana pihak atau induividu yang telah berbuat demikian.

Sementara itu, diminta bercakap tentang penutupan sementara outlet BubbleBee di Jalan Beserah, Kuantan baru-baru ini, Shuib mengakui insiden tersebut berpunca daripada kesilapan pihaknya sendiri.

“Sebenarnya ketika itu memang lesen belum diluluskan dan masih dalam proses. Kami ingat semuanya dah selesai sebab ada ‘runner’ (orang tengah) yang uruskan berkenaan lesen.

“Bagaimanapun, hari ini (semalam) lesen dan lulus dan outlet berkenaan sudah kembali beroperasi pada pukul 2.00 petang,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Shuib kini mahu berehat seketika daripada bidang seni kerana mahu fokus terhadap perniagaan. Selain tidak lagi menyambung kontraknya sebagai penyampai radio Hot FM, Shuib juga mahu menghentikan komitmennya sebagai anggota Sepahtu yang turut dianggotai oleh Jep, Rahim dan Pak Ya. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI