fbpx

Kerap berlaku kebakaran, masjid di Baling diarah buat solat hajat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Surat rasmi daripada Pejabat Agama Baling yang mengarahkan pihak masjid di daerah itu mengadakan solat hajat susulan kejadian kebakaran yang melibatkan 10 rumah penduduk.

ALOR SETAR – Arahan masjid di Baling mengadakan solat hajat bagi memohon keselamatan dan keamanan dianjurkan susulan kegusaran penduduk ekoran kejadian kebakaran yang berlaku di daerah itu sejak kebelakangan ini.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK), Datuk Abd. Ghani Zainudin berkata, amalan solat hajat itu adalah digalakkan dalam Islam.

“Surat arahan oleh pegawai agama daerah itu mengajak orang ramai untuk memohon kepada Allah SWT melakukan perkara baik dan bukan untuk melakukan kesalahan yang boleh mengganggu gugat ketenteraman awam.

“Selagi ia tidak menyentuh sensitiviti mana-mana pihak, saya rasa tidak ada masalah untuk memohon bagi kebaikan bersama,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas tentang penularan satu surat rasmi daripada Pejabat Agama Baling yang mengarahkan pihak masjid di daerah itu mengadakan solat hajat susulan kejadian kebakaran yang melibatkan 10 rumah penduduk.

“Kejadian (kebakaran) ini amat membimbangkan penduduk setempat, lebih-lebih lagi terdapat kemungkinan bahawa insiden ini melibatkan unsur khianat dan jenayah.

“Sehubungan itu, Pejabat Agama Daerah Baling mengarahkan agar pihak masjid di daerah ini menganjurkan solat hajat secara berjemaah,” arahan seperti tertera dalam surat yang bertarikh 5 Januari itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI