fbpx

Teruja sertai konvoi motosikal wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SERAMAI 400 orang peserta wanita dari seluruh tanah air menyertai Women Bikers Merdeka Fun Ride 2024 pada September lalu.

KONVOI beramai-ramai menjadi antara aktiviti atau acara pilihan, khususnya bagi peminat motosikal. Selain menjelajah melihat dunia bersama motosikal kesayangan, aktiviti itu juga mampu mengeratkan ukhuwah sesama insan yang berkongsi minat yang sama. 

Berkongsi pengalaman menyertai konvoi motosikal wanita Women Bikers Merdeka Fun Ride 2024, Fuziah Mahadi, 53, berkata, dia teruja apabila dapat meluangkan masa menyertai acara itu yang berlangsung di Bandar Penawar, Johor pada 6 September lalu. 

Acara yang dianjurkan oleh Parlimen Pengerang itu melibatkan perjalanan sejauh 50 kilometer di kawasan parlimen tersebut. Ia bahkan telah memecahkan rekod kebangsaan dan dinobatkan sebagai Konvoi Bermotor Wanita Terbesar di Malaysia oleh Malaysia Book of Records.

 “Untuk acara ini, kumpulan konvoi saya iaitu Lady Bikers telah menghantar seramai 20 orang wakil,” katanya. Konvoi motosikal itu telah berjaya menarik seramai lebih 400 orang peserta wanita dari seluruh tanah air, daripada pelbagai latar belakang dan jenis motosikal. 

FUZIAH aktif menyertai aktiviti permotoran sejak tujuh tahun lalu.

Hanya peserta yang mempunyai lesen motosikal dibenarkan untuk menyertai acara itu. Menariknya, acara tersebut turut disertai dua orang selebriti terkenal tanah air iaitu Siti Elizad dan Fauziah Latif yang sangat meminati aktiviti permotoran. 

Penganjuran konvoi tersebut bertujuan untuk menjalin ukhuwah bersama peminat motosikal dalam kalangan wanita. Selepas konvoi tamat, para peserta turut dihiburkan dengan persembahan nyanyian oleh Hazama. 

Fuziah yang bertugas sebagai ketua pembantu tadbir sekolah berkata, minatnya terhadap aktiviti permotoran bermula sejak tujuh tahun lalu ketika dia membeli sebuah motosikal baharu. 

“Selepas membeli motosikal, saya mula mencari rakan-rakan yang berkongsi minat sama. “Ketika itulah saya terjumpa kumpulan penunggang motosikal wanita di Johor iaitu Lady Bikers menerusi carian di Facebook. Saya pun tertarik untuk menyertai mereka,” katanya kepada Cita Rasa. 

 

KONVOI Women Bikers Merdeka Fun Ride 2024 bertujuan untuk menjalin ukhuwah bersama peminat motosikal dalam kalangan wanita.

Selepas menjadi sebahagian daripada pasukan itu, Fuziah memberitahu dia mula terlibat dengan pelbagai aktiviti konvoi wanita, antaranya termasuklah Women Rider World Rally Penang pada 2019. Fuziah tidak menjadikan usianya sebagai penghalang untuk dia menyertai aktiviti konvoi bersama rakan-rakan.

 “Memandangkan kami semua bekerja, maka aktiviti berkonvoi ini hanya dibuat pada hujung minggu. 

“Bagaimanapun, jika ia melibatkan konvoi di lokasi yang jauh dan memerlukan masa, maka adakalanya saya terpaksa mengambil cuti tambahan untuk menyertainya. 

“Walaupun begitu, ia jarang sekali berlaku dan saya tidak mempunyai masalah untuk meluangkan masa bagi aktiviti sebegini,” katanya. 

Ujar Fuziah, antara kenangan manis yang tidak dilupakannya sepanjang terlibat secara aktif dalam dunia permotoran adalah ketika menyertai acara Langkawi International Bike Week 2023

“Acara tersebut berlangsung pada penghujung November 2023 dan ketika itu kami ‘geng-geng’ motosikal berpeluang menaiki feri Ro-Ro bersama motosikal kami bagi melihat pemandangan di Pulau Tuba,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI