fbpx

Man. City di fasa akhir ikat Marmoush

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARMOUSH dilihat pengganti sesuai Alvarez untuk memberikan cabaran kepada Haaland bagi memantapkan jentera serangan City. - AFP

MANCHESTER – Manchester City dilaporkan semakin hampir menyelesaikan perpindahan bintang Eintracht Frankfurt, Omar Marmoush selepas mencapai persetujuan peribadi dengan penyerang Mesir itu.

Julian Alvarez yang sebelum ini menjadi pelapis kepada Erling Haaland meninggalkan City pada musim panas lalu apabila Atletico Madrid menandatanganinya dengan nilai £82 juta (RM454.42 juta).

Kehilangan Alvarez meninggalkan kekosongan dalam barisan serangan, meskipun Haaland terus menyinar dengan 21 gol dalam 27 penampilan musim ini.

Bagaimanapun, beberapa bulan terakhir menyaksikan pasukan kendalian Pep Guardiola menghadapi cabaran yang sukar dan pengurus itu kini bertekad memperkuatkan serangan City untuk mengembalikan mereka ke landasan kemenangan.

Marmoush yang mencetak 18 gol musim ini dianggap sebagai jawapan kepada keperluan tersebut dan Guardiola percaya pemain berusia 25 tahun itu mampu membawa dimensi baharu kepada serangan City.

Difahamkan, Marmoush bersedia untuk menyertai City secepat mungkin dan tawaran rasmi dijangka disampaikan selewat-lewatnya hujung minggu ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI