fbpx

Perigi terapi ion di buka semula untuk mandian di Rembau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perigi terapi Ion kini mampu menempatkan 120 pengunjung dalam satu-satu masa tempoh rawatan yang memakan masa 30 minit. -Foto NOR AINNA HAMZAH

REMBAU – Perigi terapi ion di Ulu Sepri, di sini, yang sebelum ini tular didakwa boleh menyembuhkan pelbagai penyakit kini dibuka semula untuk mandian setelah ditutup bagi proses naik taraf sejak 4 November tahun lalu.

Perunding Dusun Pinang berkenaan, Wan Sharizah Abdul Majid, 52, berkata, pihaknya menerima segala cadangan pihak Kementerian Kesihatan (KKM) membabitkan tiga perkara perlaksanaan operasi terapi tersebut.

“KKM cadangkan untuk sediakan kawasan merokok kerana ada ruang awam, kedua tempat pelupusan sampah dan yang ketiga penyediaan tandas. Bagi ujian air oleh KKM pula, pihak kami masih belum mendapat keputusan tersebut.

“Bagaimanapun, tiga cadangan KKM telah kami penuhi dalam naik taraf yang kini mencapai 80 peratus dan kali ini, kami menggunakan sepenuhnya air terawat Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains).

“Sebelum ini, oleh kerana pengunjung ramai, bekalan air terawat tidak mencukupi dan kami menggunakan sumber air sungai sebagai tambahan rawatan, namun kini tidak lagi,” katanya kepada pemberita ketika ditemui sempena Majlis Perasmian Dusun Pinang, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Wan Sharizah berkata, walaupun ditutup bagi kerja-kerja naik taraf, air masih dijual di lokasi itu dan naik taraf kawasan tersebut juga mengambil kira pandangan pengunjung yang menyatakan lokasi tersebut agak sesak sebelum ini.

Menurutnya, kebiasaannya, pusat berkenaan menerima pengunjung sekitar 300 hingga 500 individu daripada seluruh negara serta terdapat juga pengunjung luar negara seperti Thailand, Indonesia, Brunei dan Perancis. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI