fbpx

Piala FA: Arsenal idam tambah gelaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARSENAL mahu menghapuskan badi pusingan ketiga Piala FA selepas terkandas pada peringkat tersebut sejak empat musim lalu. - AFP

LONDON – Pengendali Arsenal, Mikel Arteta memilih untuk lebih tenang ketika pasukannya bakal berdepan cabaran sengit untuk lolos ke pusingan keempat apabila perlu turun menewaskan Manchester United di Emirates malam ini.

Arteta mengakui bahawa Piala FA memberikan memori manis kepadanya selepas berjaya membantu Arsenal memenanginya pada 2020 ketika menewaskan Chelsea 2-1 di Wembley sekali gus memberikan semangat untuk dirinya melakukannya sekali lagi.

Bagaimanapun, selepas kejayaan terakhir menjulang gelaran berkenaan, Arsenal gagal melepasi pusingan keempat pada edisi-edisi selepas itu, namun kali ini Arteta mengakui pasukannya sudah bersedia untuk mengulangi sejarah terbaik itu.

“Ia adalah kejayaan hebat dalam sejarah kelab ini. Kami sudah memenangi Piala FA sebanyak 14 kali dan kejohanan ini sangat dekat dengan kami. Arsenal mahu cuba menambah jumlah kejayaan itu pada musim kali ini.

“Ia akan menjadi perlawanan yang hebat berdepan kelab yang besar dan sokongan yang pastinya datang daripada penyokong akan menjadikan perlawanan ini sangat besar dan hangat,” katanya.

Pada musim 2020, dua jaringan menerusi Pierre-Emerick Aubameyang membantu Arsenal bangkit selepas ketinggalan untuk memenangi perlawanan tersebut, namun Arteta terkilan kerana perlawanan itu tidak dapat disaksikan oleh penyokong kerana berlangsung dalam stadium kosong akibat Covid-19.

Menjangkakan aksi kali ini bakal dibanjiri juga oleh penyokong United, Arteta berharap para peminat The Gunners dapat memberikan sokongan yang hebat kepada pasukan untuk menghantar penyokong lawan pulang dengan kekecewaan.

Dalam pada itu, Arteta turut melancarkan perang psikologi apabila mengakui teruja dengan usaha dilakukan rakan sejawatnya, Ruben Amorim bersama United selepas mengambil alih tugas pada November tahun lalu apabila berjaya mengikat Manchester City dan Liverpool.

“Apabila anda melihat aksi besar yang mereka lalui, cara mereka bermain dan keputusan yang diperoleh sangat mengagumkan. Saya mengenali Amorim dengan baik dan apa yang dilakukan di Portugal melayakkannya untuk berada di sini,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI