fbpx

Pembangunan di semua negeri melangkaui sempadan politik – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika hadir ke Majlis Pecah Tanah Projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang, di Jalan Lebuh Pinang 1, Jelutong, Pulau Pinang hari ini. -Foto IQBAL HAMDAN / KOSMO!

PETALING JAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pembinaan LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang bukan bermaksud kepentingan sesetengah negeri sahaja diberi tumpuan.

Sebaliknya Perdana Menteri itu berkata, beliau turut mengulangi komitmen bahawa kerajaan persekutuan akan terus memberi tumpuan kepada projek kebajikan rakyat melangkaui sempadan politik.

“Projek kebajikan masyarakat yang dimaksudkan adalah seperti bantuan petani wilayah MADA di Kedah yang berjumlah hampir RM1 bilion serta projek-projek tebatan banjir di Kelantan bagi memampan dampak banjir ke atas rakyat,” jelasnya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Tambah Anwar, kepentingan Pulau Pinang untuk mempunyai sistem pengangkutan awam yang bersepadu untuk menyokong peranan negeri sebagai hab industri semikonduktor.

Seperti yang ditulis oleh Chris Miller menerusi bukunya ‘Chip War: The Fight for the World’s Most Critical Technology’ katanya, betapa industri pembangunan dan pembuatan cip begitu kritikal dan Malaysia tidak boleh terlepas dari arus dan tuntutan zaman.

“Projek pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang sedang dipercepatkan untuk memenuhi keperluan pelancongan dan industri semikonduktor, sementara zon ekonomi bahagian utara semenanjung yang akan diwujudkan dengan kerjasama Kerajaan Thailand yang bakal menjanjikan peluang besar dalam kerjasama serantau.

“Justeru, kita mahu Pulau Pinang muncul terkenal bukan sahaja dengan KOMTAR atau projek MRT, tetapi juga sebagai negeri yang komited membasmi kemiskinan, menjamin perumahan rakyat, serta memberi tumpuan kepada perusahaan kecil seperti warung-warung yang menjadi nadi masyarakat,” jelasnya.

Anwar turut menitipkan harapan agar projek terbabit dilaksana dengan teratur dan efektif, disamping memelihara aspek identiti dan warisan budaya negeri Pulau Pinang.

Tambah Anwar, dalam tempoh dua minggu kebelakangan ini sahaja, Malaysia telah menerima kunjungan beberapa kepala negara dari rantau ini yakni dari Singapura, sebelumnya Thailand, Indonesia dan yang terbaru adalah Jepun.

“Penting di sini untuk Malaysia terus memberi tumpuan kepada pembangunan ekonomi negara selain merapat serta mempertingkat kerjasama erat di kalangan negara tetangga,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI