fbpx

Sultan Selangor rasmi Elmina Lakeside Mall dan Elmina Outdoor Sculpture Museum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Sharafuddin mendengar taklimat projek yang dijalankan Sime Darby Property oleh Azmir Merican (kiri) di Bandar Elmina, Shah Alam, hari ini--Foto AFIQ RAZALI

SHAH ALAM- Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan merasmikan Elmina Lakeside Mall (ELM) dan Elmina Outdoor Sculpture Museum (EOSM) milik Sime Darby Property di Bandar Elmina, hari ini.

Keberangkatan baginda turut diiringi Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari serta beberapa Exco kerajaan negeri.

Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Norashikin turut berkenan meluangkan masa lebih dua jam melawat ELM dan EOSM.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby Property, Datuk Seri Azmir Merican berkata, ELM yang berkeluasan 6.9 hektar berkenaan merupakan pusat membeli-belah kedua yang dimiliki sepenuhnya oleh Sime Darby Property selepas KL East Mall.

“Malah, sebanyak 99 peratus lot premis di ELM sudah disewa oleh pelbagai syarikat perniagaan sejak beroperasi pada Ogos tahun lalu.

“Kita juga merekodkan lebih 180,000 pengunjung semasa pembukaan pusat beli-belah berkenaan,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian ELM dan EOSM di sini, hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI