fbpx

Lori bawa muatan berlebihan, tayar rosak kena sita JPJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah lori menjalani pemeriksaan di JPJ Cawangan Taiping hari ini. - Foto WAT KAMAL ABAS

TAIPING – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan 26 saman atas pelbagai kesalahan terhadap sembilan buah lori dalam operasi di Lebuh Raya Utara Selatan arah utara dan Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat (WCE) di sini hari ini.

Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ, Muhammad Kifli Ma Hassan berkata, dua daripada lori yang ditahan disita kerana membawa lebih muatan.

“Dua buah lagi lori gagal untuk hadir timbang dan tidak mahu memberi kerjasama,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Operasi di Lebuh Raya Utara Selatan itu bermula dari Changkat Jering hingga ke Semanggol, manakala di WCE melibatkan kawasan Manjung, Taiping dan Seri Iskandar.

Beliau berkata, semasa pemeriksaan dijalankan, terdapat sebuah treler menggunakan tayar rosak yang dikhuatiri boleh mengancam keselamatan pengguna lain. Kenderaan itu turut disita. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI