fbpx

Isu perkauman tidak akan bantu negara maju – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (gambar) hadir pada Majlis Pecah Tanah Projek LRT Laluan Mutiara di Bandar Sri Pinang, hari ini.

GEORGE TOWN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatakan bahawa isu perkauman dan fahaman sempit tidak seharusnya menjadi fokus rakyat kerana ia tidak akan membantu negara mencapai kemajuan pada masa akan datang.

Menurut Anwar, rakyat tidak seharusnya terperangkap dengan isu remeh seperti ketiadaan masjid dalam video promosi pelancongan, yang disifatkannya tidak memberi nilai tambah kepada pembangunan negara.

“Kita mahu rakyat tumpu kepada hal yang besar, bukan soal video pelancongan yang tidak nampak gambar masjid sehingga menjadi pertarungan hebat. Video pelancongan Kelantan pun tidak ada nampak masjid.

“Kalau ada kekurangan, beri cadangan untuk diperbaiki.Tetapi inilah dia, hal-hal ini (isu kaum) dibawa untuk meretakkan hubungan antara satu sama lain dan main sentimen kaum, kebencian satu sama lain,” katanya ketika berucap pada majlis pecah tanah Projek LRT Laluan Mutiara di Bandar Sri Pinang, di sini hari ini.

Anwar berkata, perkara-perkara seperti perbalahan mengenai isu kaum, daerah, dan negeri hanya akan mengalihkan perhatian daripada usaha penting membangunkan negara serta menjalin hubungan baik dengan kuasa besar dunia seperti China, Amerika Syarikat, dan Eropah.

”Usah berhempas-pulas bergaduh mempertahankan penyelewengan, pemborosan, atau rasuah besar.

”Semua ini tidak akan membantu negara kita. Sebaliknya, kita perlu menumpukan kepada perkara besar seperti hubungan baik dengan negara lain dan menyelesaikan isu serantau,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI