fbpx

Kawasan baru rendah berisiko banjir jika hujan berterusan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA Balai Bomba Penyelamat Kota Tinggi bersiap sedia bersama aset untuk melakukan operasi menyelamat mangsa banjir hari ini.

KOTA TINGGI – Beberapa kawasan baru rendah di daerah ini berisiko untuk dilanda banjir sekiranya hujan berterusan tanpa henti selama tiga hari.

Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor Penguasa Bomba Rasidi Md Yunos berkata kawasan baru itu termasuklah bandar Kota Tinggi.

“Untuk makluman hujan lebat seharian semalam telah mengakibatkan beberapa kawasan rendah di Kota Tinggi khususnya di pesisir pantai mengalami banjir.

“Ini disebabkan pertembungan air pasang. Kami menjangkakan jika hujan berterusan, seperti diramal Metrologi Malaysia selama tiga hari kemungkinan berapa kawasan baru rendah akan dinaiki air,” katanya ketika ditemui pemberita di Balai Bomba Penyelamat Kota Tinggi hari ini.

Rasidi berkata, sehingga pagi tadi pihak bomba mendapat kerjasama yang baik daripada penduduk terjejas banjir di mama penduduk mendengar nasihat berpindah lebih awal.

Katanya kebanyakan mereka berpindah sendiri dan ada kes juga agensi melakukan penyelamatan melibatkan orang kelainan upaya (OKU) warga emas dan orang sakit.

Menurutnya di daerah Kota Tinggi terdapat enam balai bomba dengan kekuatan anggaran 60 hingga 70 anggota berada dalam keadaan bersiap sedia mendepani banjir. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI