fbpx

PATI Bangladesh ditinggalkan tekong darat di tebing Sungai Golok dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota tentera menahan seorang lelaki Bangladesh (tengah) yang menyeberang Sungai Golok di Tanah Merah semalam. - Foto DUA DIVISYEN

TANAH MERAH – Seorang pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Bangladesh dicekup selepas ditinggalkan tekong darat yang membawanya secara haram ke negara ini di tebing Sungai Golok di sini semalam.

Lelaki itu ditangkap kira-kira pukul 10 malam sebaik sahaja menjejakkan kaki di tebing Sungai Golok di sini.

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (Dua Divisyen) dalam satu kenyataan berkata, anggota tentera menjalankan operasi di Kawasan Tanggungjawab Briged Kelapan Infantri Malaysia melihat tiga lelaki berada dalam keadaan mencurigakan di tebing Sungai Golok di sebelah negara ini.

Menurutnya, semasa anggota tentera mendekati ketiga-tiga lelaki itu, dua daripada mereka bertindak melarikan diri ke arah Thailand dengan menyeberangi Sungai Golok.

“Pemeriksaan terhadap seorang lelaki yang berada di kawasan itu mendapati, suspek merupakan warga Bangladesh. Lelaki itu memaklumkan bahawa dia tiba di Bangkok, Thailand dengan penerbangan dari negara asalnya pada Rabu lalu.

“Dia kemudian dibawa ke sempadan Malaysia-Thailand oleh ejen atau tekong yang mengaturkan kemasukannya melalui laluan tidak sah dengan menyeberangi Sungai Golok,” katanya.

Menurut kenyataan itu, pemeriksaan terhadap suspek menjumpai pasport, visa pelancong, telefon bimbit, beberapa keping wang mata wang Bangladesh iaitu Taka dan Ringgit yang dianggarkan berjumlah lebih RM571.

Katanya, PATI itu diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Tanah Merah untuk tindakan lanjut.

Tambahnya, pihak tentera akan terus memperketatkan kawalan di sempadan negara bagi mengekang jenayah rentas sempadan khususnya penyeludupan PATI. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI