fbpx

Kerajaan jamin projek pembesaran LTAPP dipercepatkan – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (gambar) hadir pada Majlis Pecah Tanah Projek LRT Laluan Mutiara di Bandar Sri Pinang, hari ini.

GEORGE TOWN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa kerajaan akan mempercepatkan projek pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) bagi memenuhi keperluan pelancongan dan industri yang semakin meningkat.

Menurutnya, pembesaran lapangan terbang itu penting bagi usaha menyokong tarikan kumpulan pelabur dan penggiat industri, termasuk syarikat logistik.

“Ini selari dengan aspirasi kita untuk menjadikan Pulau Pinang lebih moden tetapi tetap kaya dengan elemen budaya,” katanya ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Projek LRT Laluan Mutiara di Bandar Sri Pinang, di sini hari ini.

Terdahulu, media melaporkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, projek pembesaran LTAPP yang diumumkan Kerajaan Persekutuan juga telah dimulakan oleh Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) pada pertengahan tahun lalu.

Katanya, ini merupakan langkah strategik untuk menjadikan LTAPP sebagai salah satu lapangan terbang yang mempunyai ketersambungan dengan volum penerbangan tertinggi dalam negara, malah tidak mustahil di Asia. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI