PETALING JAYA – Polis Selangor mengesahkan menerima laporan berkaitan kematian seorang kanak-kanak lelaki dipercayai menjadi mangsa dera oleh ibunya bersama teman lelaki wanita itu di Taman Bukit Ampang, dekat sini semalam.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi Kosmo! berkata, laporan lanjut berkaitan kejadian akan dikeluarkan oleh pihak Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya dalam masa terdekat.
Terdahulu, media melaporkan, kanak-kanak terbabit dibiar demam tanpa rawatan sehingga sawan selain dipukul dengan rotan.
Menurut sumber, ibu mangsa berusia 25 tahun pada mulanya menghubungi polis memaklumkan anaknya itu tidak sedarkan diri di rumahnya petang semalam.
Bagaimanapun, pemeriksaan polis mendapati mangsa tidak sedarkan diri dan suspek memberitahu anaknya itu diserang sawan selepas mengalami demam.
Pemeriksaan lanjut pihak polis turut menemukan kesan kecederaan pada mayat kanak-kanak itu.
Difahamkan, pasangan kekasih itu turut ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.-KOSMO! ONLINE