fbpx

Pembantu kedai makan maut kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motosikal yang terlibat dalam kemalangan.

SUNGAI PETANI – Seorang pembantu kedai makan maut manakala lima lagi cedera ringan dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan tiga motosikal di Jalan Sungai Lalang-Bukit Selambau berhampiran simpang Zon Mawar, di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 malam itu, mangsa, Muhammad Naufal Syahmi Mohd Nizam, 22, yang mengalami kecederaan parah pada badan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, kemalangan tersebut melibatkan sebuah kereta Proton Wira dan tiga motosikal jenis Honda C100, Yamaha Ego dan motosikal ditunggang mangsa jenis Yamaha Y15ZR.

Menurutnya, ketika kejadian tiga motosikal dari arah Bukit Selambau menghala ke Sungai Lalang manakala kereta dipandu seorang wanita yang bekerja sebagai pembantu perawatan sebuah hospital dan membawa seorang penumpang itu datang dari arah bertentangan.

“Motosikal jenis C100 dipercayai ditunggang seorang pelajar kolej dipercayai bergerak melawan arus di sebelah kiri jalan untuk melintas ke kanan jalan menuju ke Sungai Lalang sebelum terjatuh akibat pasir.

“Bagi mengelak daripada melanggar motosikal yang terjatuh itu, kereta Proton Wira telah memasuki laluan bertentangan dan melanggar motosikal jenis Yamaha Y15ZR ditunggang Muhammad Naufal menyebabkan dia mengalami kecederaan parah dan maut di lokasi kemalangan.

“Manakala sebuah lagi motosikal jenis Yamaha Ego yang dinaiki dua pelajar perempuan sebuah sekolah di sini turut terbabas ketika cuba mengelak dari dilanggar kereta Proton Wira,” katanya.

Menurutnya, pemandu dan penumpang kereta Proton Wira tidak mengalami kecederaan, manakala penunggang dan pembonceng dua motosikal mengalami kecederaan ringan.

“Mayat mangsa dihantar untuk bedah siasat di Unit Forensik Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini manakala semua kenderaan ditahan untuk membantu siasatan.

“Ujian saringan air kencing turut dilakukan terhadap kesemua yang terlibat dalam kemalangan itu dan hasilnya negatif dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1)Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI