fbpx

Nad Zainal berwajah awam? ‘Lawa atau tidak, itu semua rezeki’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NAD ZAINAL anggap wajah awam satu rezeki untuk menonjolkan banyak variasi watak.

PETALING JAYA – Meski dilabel berwajah awam sehingga tidak layak diberi peranan utama dalam slot perdana, pelakon Nad Zainal enggan peduli dengan momokan segelintir pihak terhadap dirinya.

Sebaliknya, Nad atau nama sebenar Farah Nadia Zainal Abidin, 34, mengajak orang ramai sentiasa mensyukuri setiap rezeki yang datang.

“Apabila orang kata awak tak cukup lawa sebagai heroin untuk slot 7 malam, tetapi disebabkan muka awam, selalu dapat watak kampung, cacat dan psiko.

“Jadi, nak gembira atau sedih? Rezeki masing-masing. Kita semua ada peranan masing-masing.

“Lawa atau tidak, itu semua rezeki atau tempat bersendiri okey? Sentiasa bersyukur,” katanya dalam TikTok.

REAKSI Nad Zainal berhubung komen-komen khalayak yang melabelkan dirinya sebagai pelakon berwajah awam.

Bagaimanapun, rata-rata peminat tidak bersetuju dengan kenyataan berwajah awam selain menyukai aksi lakonan pelakon Dendam Seorang Isteri itu.

“Emak saya selalu cakap Nad Zainal lawa, sudahlah setiap lakonan bagi apa-apa karakter pun menjadi,” ujar peminat.

“Tak cukup lawa untuk drama pukul 7? Nad Zainal zaman Kampung Girl lagi dah lawa ya. Zaman Takdir Yang Tertulis jangan cakap memang ‘love’ (suka) rambut karat dia,” jelas pengikut.

“Cantik tapi kayu buat apa. Saya selaku generasi Z menyokong penuh Nad Zainal sebagai pelakon utama wanita,” tutur peminat lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI