fbpx

Firash memang ‘hyper’ tapi tak pernah dekati sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FATIMAH menunjukkan lokasi pakaian dan lampin pakai buang Firash Daniel ditemukan di dalam longkang hadapan rumahnya di Taman Tunku Tabor Jalan Gangsa di Alor Setar, hari ini.

ALOR SETAR – Kanak-kanak autistik berusia tujuh tahun yang ditemukan di tebing Sungai Kedah dipercayai lemas tidak pernah keluar bermain sendirian di luar rumah kecuali ditemani keluarganya.

Menurut nenek saudara Firash Daniel Muhammad Hafeez Ansle, Fatimah Abdullah, 76, mangsa bagaimanapun dipercayai membuka pintu pagar yang tidak dikunci secara senyap-senyap pada hari kejadian tanpa disedari oleh keluarga termasuk ibunya yang berada dalam rumah.

“Firash tidak pernah keluar bermain sendirian selalunya ditemani oleh ibu atau neneknya. Dia juga tidak pernah sekalipun mendekati sungai itu. Keluarganya menjaga dia dengan rapi dan tidak pernah biarkan dia main seorang diri.

“Semalam, sebelum kejadian Firash bermain-main di laman depan rumah, entah macam mana dia keluar tanpa disedari oleh keluarga. Apabila sedar dia hilang kami mencari di luar rumah dan terjumpa baju serta lampin pakai buang di tepi longkang depan rumah keluarganya,” katanya ketika ditemui di rumah mangsa di Taman Tunku Tabor di sini hari ini.

Mengulas lanjut kata Fatimah, keluarga tersebut reda dengan kehilangan anak bongsu daripada empat beradik tersebut dalam kejadian itu.

“Firash memang ‘hyper’ kerana autisme itu tetapi dia tidak kacau orang selalu main sendiri. Keluarga masih bersedih namun kami semua reda dengan kejadian ini.

“Jenazah Firash akan dikebumikan di Masjid Pumpong dekat sini selepas urusan bedah siasat selesai nanti,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI