fbpx

Mayat remaja dijumpai, dipercayai diserang buaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengangkat mayat remaja yang dipercayai jatuh ke dalam sungai di Kampung Hilir, Kuala Tatau di sini, semalam.

BINTULU – Mayat remaja yang hilang dipercayai jatuh ke dalam sungai di Kampung Hilir, Kuala Tatau di sini, semalam telah dijumpai dalam keadaan tidak sempurna.

Mangsa telah dijumpai orang awam sekitar pukul 12.20 tengah malam tadi iaitu kira-kira 400 meter dari lokasi mangsa dipercayai terjatuh.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tatau bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima maklumat.

“Setibanya di lokasi, mayat mangsa ditemui dalam keadaan kaki kiri patah dan tangan sebelah kanan putus dipercayai telah diserang buaya.

“Mangsa dikenalpasti sebagai Affanirul Abdullah, 14, telah dilaporkan terjatuh ke dalam sungai sekitar pukul 1.28 petang semalam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dengan penemuan mayat mangsa, operasi mencari dan menyelamat yang diketuai oleh Pegawai Bomba Tinggi (PBT), Jankey Jikat ditamatkan.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI