fbpx

Cuma banglo RM40 juta masih berdiri selepas kebakaran besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RUMAH tiga tingkat bernilai RM40 juta masih kukuh walaupun kediaman lain dijilat api. - Foto AFP

WASHINGTON  – Pemilik sebuah rumah agam bernilai hampir AS$9 juta (RM40 juta) di Malibu terhindar daripada kemusnahan dalam kebakaran besar di Los Angeles, lapor akhbar New York Post semalam.

David Steiner, 64, berkata, dia terkejut melihat rumahnya berdiri kukuh selepas api memusnahkan seluruh kediaman di kejiranan tersebut.

“Ini keajaiban. Keajaiban tidak pernah hilang,” katanya.

Steiner berkata, dia menyangka kediaman tiga tingkat yang kosong ketika kebakaran berlaku   itu musnah apabila seorang kontraktor tempatan menghantar rakaman video menunjukkan api dan asap tebal menyelubungi banglonya dan rumah jiran, Selasa  lalu.

Bekas ketua sebuah syarikat  pengurusan sisa di Houston, Texas itu berkata, dia percaya pembinaan yang sangat  kukuh menyelamatkan rumahnya daripada kemusnahan akibat kebakaran hutan di Los Angeles.

Rumah itu dibina untuk bertahan dalam bencana gempa bumi.

“Ia menggunakan stuko (plaster berkualiti tinggi), manakala bumbungnya kalis api,” kata Steiner.

Menurutnya, rumah itu juga dibina menggunakan cerucuk sedalam 15.24 meter ke dalam batuan dasar untuk memastikan kestabilan apabila ombak kuat menghempas tambak laut.

Sementara itu, pihak berkuasa berkata, masih terlalu awal untuk mengenal pasti punca kebakaran besar di Los Angeles yang disifatkan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden bagaikan  zon perang. – AFP/AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI