fbpx

KL, Selangor alami cuaca buruk hingga tengah hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan hujan lebat dan angin kencang di dua negeri di Semenanjung sehingga pukul 12 tengah hari ini.

MetMalaysia memaklumkan negeri yang bakal terjejas dengan cuaca buruk itu adalah Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

“Di Selangor, ia melibatkan kawasan Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat,” katanya.

Sementara itu, hujan lebat dan angin kencang diramalkan berlaku di keseluruhan kawasan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Walaubagaimanapun, cuaca cerah dan baik kelihatan di Sabah, Sarawak serta Wilayah Persekutuan Labuan pagi ini.

Orang ramai yang berada di kawasan terjejas dinasihati untuk berwaspada dengan banjir kilat, tanah runtuh dan pokok tumbang akibat hujan lebat dan angin kencang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI