fbpx

JPJ nafi Honda City, BMW 330i pakai nombor plat sama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar dua buah kenderaan mewah yang memiliki nombor pendaftaran yang sama tular di media sosial, hari ini.

SHAH ALAM – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor menafikan kereta Honda City dan BMW 330i yang tular menggunakan nombor pendaftaran yang sama.

Hasil semakan dibuat jabatan itu mendapati nombor yang tular tersebut adalah milik Honda City sebelum ini.

Bagaimanapun, katanya, kereta Honda City tersebut telah melakukan proses penukaran nombor plat pendaftaran yang baharu pada 27 Jun tahun lalu.

“Nombor yang digunakan oleh kereta Honda City sebelum ini telah digunakan ke atas sebuah kereta jenis BMW.

“Justeru, nombor yang tular tersebut hanya dipakai pada BMW 330i,” katanya kepada Kosmo! malam ini.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan dua buah kenderaan tersebut dipercayai memiliki nombor pendaftaran yang sama sehingga mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen.

Gambar kenderaan tersebut tular di platform Facebook dan laman X apabila rata-rata orang ramai meninggalkan persoalan siapakah yang patut dipersalahkan berhubung kejadian itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI