fbpx

Dua lelaki ditangkap memiliki 740 burung murai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian burung murai tanpa permit yang dirampas daripada dua lelaki ketika sedang menaiki bas ekspres dari Selangau ke Kuching pagi semalam.

KUCHING – Dua lelaki telah ditahan kerana memiliki 740 burung murai tanpa permit ketika sedang menaiki bas ekspres dalam perjalanan dari Selangau ke Kuching pagi semalam.

Kedua-dua suspek berusia 46 dan 52 itu merupakan warga tempatan yang berasal dari Mukah dan Samarahan.

Menurut Perbadanan Hutan Sarawak (SFC), mereka telah ditahan oleh sepasukan Batalion 11 Pasukan Gerakan Am (PGA) yang membuat pemeriksaan ke atas bas tersebut sempena Ops Khazanah di Jalan Kuching-Serian.

“Sebanyak 740 burung murai yang disimpan di dalam 37 sangkar di dalam bas telah dirampas.

“Burung terbabit diklasifikasikan sebagai spesies yang dilindungi di bawah Ordinan Perlindungan Hidupan Liar 1998 dan sekiranya didapati bersalah, pesalah boleh dihukum maksimum denda sebanyak RM10,000 dan penjara satu tahun,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Jelasnya, orang ramai dinasihatkan untuk membantu menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti haram membabitkan hidupan liar terkawal di talian SFC hotlines – Kuching (019-8859996), Sibu (019-8883561), Bintulu (019-8332737) dan Miri (019-8290994).-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI