fbpx

Sindiket edar heroin tumpas, lebih RM100,000 dadah dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara dadah yang dirampas dalam serbuan di Seberang Perai Utara, Pulau Pinang, semalam.

GEORGE TOWN – Polis Pulau Pinang menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah jenis heroin selepas menahan lima lelaki termasuk seorang warga asing dalam serbuan berasingan di beberapa lokasi di Seberang Perai Utara, semalam.

Dalam operasi kira-kira pukul 1 tengah hari hingga 4 pagi itu, polis berjaya menahan suspek berusia 21 hingga 42 tahun selain turut merampas dadah bernilai RM124,550.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, tiga lelaki ditahan menerusi serbuan di sebuah kawasan perternakan haiwan di Tasek Gelugor.

”Polis merampas 22 paket plastik lutsinar berisi serbuk dan ketulan berwarna putih/kuning disyaki dadah jenis heroin seberat 10.02 kilogram bernilai RM96,250.

“Susulan dari tangkapan, pihak polis telah berjaya menahan dua lelaki tempatan secara berasingan dan dengan dipandu arah, pihak polis telah ke satu bilik di kawasan Mak Mandin,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, hasil pemeriksaan di bilik tersebut, pihak polis telah merampas dadah disyaki jenis heroin seberat 2.95 kilogram bernilai RM28,300.

Tambahnya, semakan juga mendapati empat daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau manakala seorang lagi didapati positif dadah jenis methamphetamine.

“Polis turut menyita kenderaan, barang kemas, serta wang tunai bernilai RM186,813. Keseluruhan nilai rampasan dadah dan sitaan berjumlah RM311,363,” katanya.

Hamzah berkata, kesemua suspek direman selama enam hari sehingga 15 Januari 2025 untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI