JAKARTA – Seorang kanak-kanak perempuan berumur 3 tahun menjadi tular selepas kepalanya tersepit di celah tiang rumah sehingga terpaksa diselamatkan oleh anggota-anggota bomba, lapor portal berita Abatanews.
Kejadian berlaku di sebuah kawasan perumahan di Lebak, wilayah Banten pada Isnin lalu.
Rakaman dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @jabodetabek.terkini memaparkan kanak-kanak itu menangis ketika kepalanya tersangkut pada celah tiang.
Situasi menjadi cemas apabila tiang itu terlalu tebal dan sukar untuk menarik keluar kepala mangsa.
Anggota-anggota bomba turut menggunakan pelbagai peralatan demi menyelamatkan kepala mangsa.
Rakaman itu mencatatkan lebih 125,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Bomba lebih mementingkan rakyat dari polis!” kata seorang netizen. – AGENSI