fbpx

Jangan kena ‘scam’ dengan buaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan seekor buaya yang berpura-pura lemas di sebatang sungai di Indonesia. - TikTok

JAKARTA – Satu klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan seekor buaya menggunakan helah berpura-pura lemas untuk menjerat manusia ke dalam air, lapor portal berita The Economic Times semalam. 

Rakaman dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @zs_zahxxxra99 menunjukkan seluruh badan reptilia itu ditenggelami air sungai. 

Namun, buaya itu mengeluarkan kakinya ke permukaan air, seolah-olah seperti mangsa lemas yang meminta bantuan. 

Menurut penduduk tempatan, helah itu sengaja dilakukan agar buaya itu  mendapat ‘makanan’ dengan cara mudah. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 3.1 juta tontonan bersama 31,200 tanda suka. 

“Selain kena ‘scam’ dalam online atau telefon, kita boleh kena ‘scam’ dalam air!” kata seorang netizen. 

“Bukan manusia memancing ikan, tetapi buaya memancing manusia!” kata netizen lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI