fbpx

Kes bunuh Xin Yuan: Dua suspek diberikan bon ikat jamin, seorang dibebaskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keratan Kosmo! Online mengenai penahanan tiga beranak berkait kes pembunuhan Xin Yuan minggu lalu.

KAJANG – Dua daripada tiga suspek yang terlibat dengan kes pembunuhan remaja, Yap Xin Yuan, 15, di Banting baru-baru ini diberikan jamin dengan diikat bon di bawah Seksyen 49 Kanun Prosedur Jenayah.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkat prosedur tersebut membolehkan mereka dijamin dengan syarat hadir semula ke mahkamah untuk prosiding lanjut.

Bagaimanapun katanya, seorang lagi suspek lelaki berusia 51 tahun dibebaskan sebagai saksi pendakwaan.

“Kertas siasatan telah dirujuk ke Pejabat Pendakwa Raya Selangor pada 9/1/2025 (semalam) dan terdapat arahan lanjut untuk dilengkapkan.

“Kertas siasatan akan dirujuk semula setelah arahan yang berkaitan diambil tindakan,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Naazron berkata, proses siasatan giat dijalankan dengan teliti dan berpandukan undang-undang bagi memastikan keadilan kepada semua pihak.

Sebelum ini, Mahkamah Majistret Kajang membenarkan tempoh tahanan reman terhadap tiga beranak yang disyaki terbabit dalam kes bunuh remaja malang itu, disambung lima hari bermula 6 Januari.

Ketiga-tiga mereka terdiri daripada teman lelaki mangsa berusia 17 tahun, abangnya (21) serta bapa mereka (51) yang ditahan pada 30 Disember lalu direman selama enam hari.

Terdahulu pada 2 Januari lalu, Kosmo! melaporkan polis mengesahkan mayat reput remaja perempuan yang ditemui di Kampung Rancangan Tanah Baharu (RTB) Sungai Changgang, Banting adalah Yap Xin Yuan, yang dilaporkan hilang sejak 19 Disember lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pengesahan itu susulan hasil keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dilakukan pihaknya sebelum ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI