fbpx

Dua rumah terjejas kejadian tanah runtuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah kereta tergelongsor dalam kejadian tanah runtuh di Eco Farm, Jalan Bukit Bendera semalam.

KOTA KINABALU – Dua penghuni sebuah rumah terselamat selepas kediaman didiami di Bukit Kopungit runtuh kelmarin.

Bagaimanapun, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian berlaku kira-kira pukul 8 malam itu.

Runtuhan terbabit dipercayai berlaku berikutan hujan berterusan sehingga mengakibatkan mendapan tanah.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.14 malam.

“Sepasukan tujuh anggota dan pegawai bersama sebuah jentera dikerah ke lokasi kejadian untuk operasi menyelamat.

“Kita dapati terdapat sebuah rumah terjejas akibat tanah runtuh namun tidak membabitkan mangsa kerana dua penghuni rumah berkenaan sempat berpindah sebelum kejadian.

“Pasukan bomba terus memasang sawar-sawar dan memberi khidmat nasihat langkah berjaga-jaga kepada penduduk sekitar bagi mengelakkan bahaya,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan, JBPM turut menerima panggilan berhubung tanah runtuh di Eco Farm, Jalan Bukit Bendera sekitar pukul 9 pagi semalam.

Menurut jurucakap JBPM, kejadian itu turut mengakibatkan sebuah kereta yang diletakkan di bahu jalan berkenaan tergelongsor jatuh ke dalam gaung.

“Kenderaan berkenaan terjatuh sejauh kira-kira 30 meter namun tiada sebarang kecederaan atau kematian dilaporkan.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI