fbpx

‘Untung hanya secupak, rugi bergantang-gantang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ramli.

KUALA LUMPUR – Untuk hanya secupak, tapi yang ruginya bergantang-gantang.

Demikian perumpaaan yang diberikan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf ketika mengulas mengenai sindiket ‘job scam’ yang berjaya menipu seorang guru baru-baru ini.

Lebih malang kata Ramli, wanita itu hanya berjaya mengaut ‘untung’ kira-kira RM55 selepas melabur RM10,270.

Menurutnya, kes malang tersebut dilaporkan berlaku pada 3 Januari lalu selepas guru wanita itu ditawarkan melakukan kerja sambilan melalui saluran ‘channel’ WhatsApp.

Jelasnya, konsep pekerjaan adalah mangsa perlu membuat bayaran untuk setiap tugasan yang diberikan dan akan dibayar komisen serta pulangan modal setelah tugasan diselesaikan.

“Bagi dua tugasan pertama, mangsa diarahkan membuat bayaran berjumlah RM30 dan RM40 ke akaun bank milik sebuah pertubuhan kemanusiaan berkaitan bencana alam.

“Mangsa telah menerima komisen bernilai RM20 dan RM35 beserta pulangan semula modal bagi dua tugasan pertama ini. Untuk tugasan seterusnya, mangsa telah membuat bayaran yang lebih besar, dari serendah RM200 hingga RM5,000,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Ramli berkata, semua bayaran dibuat ke dalam akaun persendirian yang dipercayai akaun keldai.

“Namun, mangsa tidak menerima sebarang komisen mahupun pulangan keuntungan bagi tugasan-tugasan ini. Secara keseluruhan, mangsa telah mengalami kerugian berjumlah RM10,270.00.

“PDRM yakin pihak sindiket penipuan telah memanipulasi akaun bank milik pertubuhan kemanusiaan atau NGO yang berkaitan,”ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI