fbpx

Dua wanita ditahan cuba seludup keluar lima lelaki Kemboja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. Shokri menunjukkan barang peribadi milik warga Kemboja di dalam Toyota Unser yang dirampas pihak polis di sini hari ini.

PADANG BESAR – Polis menahan dua wanita berstatus pemastautin tetap dan warga Kemboja bersama lima lelaki warga asing dalam operasi di kawasan Gapura Square, di sini, pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Asisten Komisioner Mohd. Shokri Abdullah berkata, tangkapan pukul 8.30 pagi itu dibuat hasil risikan Bahagian Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar dan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis.

“Hasil pemeriksaan ke atas sebuah kenderaan utiliti pelbagai guna jenis Toyota Unser yang dipandu seorang wanita berstatus pemastautin tetap berusia 43 tahun menemui lima lelaki warga asing bersamanya.

“Empat daripada mereka memiliki pasport tamat tempoh, manakala seorang lagi tidak mempunyai dokumen perjalanan sah,” katanya dalam sidang akhbar di IPD Padang Besar di sini hari ini

Menurut Mohd. Shokri, wanita yang bertindak sebagai pemandu kenderaan itu disyaki menerima bayaran RM400 daripada seorang wanita warga asing berusia 34 tahun yang dipercayai tekong untuk membawa kesemua lelaki tersebut ke lokasi itu sebelum melintasi sempadan.

“Hasil maklumat daripada tangkapan pertama, suspek kedua yang merupakan seorang tekong turut ditahan kerana dipercayai menguruskan kemasukan warga asing ke negara jiran.

“Setiap seorang daripada mereka dikenakan bayaran RM900 untuk perkhidmatan menguruskan warga asing tersebut untuk pulang negara asal,” ujarnya.

Tambah beliau, kedua-dua wanita itu ditahan reman selama 28 hari manakala lima lelaki warga asing direman selama 14 hari untuk siasatan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI