fbpx

Anwar hargai PM Jepun pilih Malaysia mulakan lawatan rasmi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar(kanan) ketika menyambut Ishiba sempena lawatan rasmi ke Malaysia hari ini.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghargai penghormatan diberikan Perdana Menteri Jepun, Shigeru Ishiba apabila memilih Malaysia sebagai negara pertama untuk mengadakan lawatan rasmi dan mesyuarat dua hala.

Anwar dalam satu hantaran di Facebook memaklumkan, perkara itu menggambarkan keutuhan persahabatan dan kepentingan kerjasama Malaysia-Jepun.

“Pagi ini meraikan Tamu Kenegeraan dari Jepun, Perdana Menteri Shigeru Ishiba yang kini dalam rangka lawatan rasmi ke Malaysia.

“Ia adalah lawatan sulung beliau ke Malaysia sejak menyandang jawatan Perdana Menteri Jepun pada Oktober tahun lalu,” katanya di sini hari ini.

Katanya, sebaik tiba di Perdana Putra, Ishiba dan delegasi Jepun diberikan sambutan rasmi dan pemeriksaan pasukan Kawalan Kehormatan daripada Batalion Pertama Rejimen Melayu Diraja.

“Usai istiadat, saya dan Ishiba menghadiri mesyuarat terhad bersama beberapa pimpinan bagi membicarakan isu-isu strategik terkait kepentingan kedua-dua negara, serta usaha memperkukuh hubungan dua hala Malaysia-Jepun yang kini di tahap perkongsian strategik komprehensif,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI