fbpx

Kelab kerdil Serie A idam khidmat Rashford

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RASHFORD berdepan kesukaran untuk berhijrah menyertai pasukan baharu ekoran gaji mingguannya yang tinggi. - AFP

MILAN – Penggempur Manchester United, Marcus Rashford kini menjadi tumpuan dalam jendela perpindahan Januari apabila AC Milan berdepan cabaran getir untuk membawa penyerang itu ke San Siro.

Menariknya, kelab kecil Itali, Como muncul sebagai pencabar apabila berhasrat untuk mendapatkan khidmat pemain itu ketika Milan berdepan kesukaran ekoran faktor kewangan.

Perbincangan antara Milan dan ejen Rashford pada Rabu memberi sedikit harapan buat gergasi Serie A itu, namun nilai perpindahan tinggi Rashford, dianggarkan sekitar £50 juta (RM277 juta) dan gaji mingguan £325,000 (RM1.8 juta) menjadi halangan utama.

Menurut laporan, The Red Devils menetapkan syarat tegas iaitu mana-mana kelab yang berminat perlu menanggung sekurang-kurangnya 50 peratus gaji Rashford, bersamaan £162,500 (RM900,000) seminggu.

Bagi Milan, ia jauh melebihi gaji tertinggi pemain mereka, Alvaro Morata yang menerima £150,000 (RM831,261) seminggu.

Sementara itu, Como mencuri perhatian apabila mereka dikatakan mampu menampung gaji Rashford dan kehadiran Raphael Varane yang juga bekas bintang United sebagai duta kelab itu mungkin memudahkan urusan memujuk pemain berkenaan.

Dalam perkembangan lain, United turut berdepan cabaran mengekalkan bakat muda mereka, Kobbie Mainoo selepas pemain hasil akademi itu dikatakan meminta gaji sekitar £200,000 (RM1.1 juta) seminggu dalam rundingan kontrak barunya, menjadikan masa depan pemain itu di Old Trafford turut menjadi tanda tanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI