fbpx

Dua kelab gergasi EPL buru Mbeumo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MBEUMO

LONDON – Manchester United kini menyertai Arsenal dalam perebutan mendapatkan bintang Brentford, Bryan Mbeumo yang sedang menikmati musim cemerlang dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

Penyerang berusia 25 tahun itu telah menjaringkan 13 gol dalam 20 perlawanan EPL musim ini, melepasi rekod terbaiknya sebelum ini, sembilan gol sekali gus membantu Brentford mengatasi ketiadaan Ivan Toney yang berpindah ke Al-Ahli, Arab Saudi, musim panas lalu.

Selepas Arsenal menunjukkan minat, laporan menyatakan The Red Devils sedang menyiapkan tawaran £40 juta (RM221.66 juta) untuk membawa Mbeumo ke Old Trafford selepas pengurus, Ruben Amorim dikatakan terpikat dengan variasi Mbeumo ketika melakukan serangan.

Selain itu, Newcastle United turut menyatakan minat dengan pengurus Eddie Howe menjadi peminat pemain Perancis tersebut.

Bagaimanapun, mana-mana kelab yang berminat perlu bersabar apabila pengurus Brentford, Thomas Frank menegaskan bahawa Mbeumo tidak akan dijual pada jendela perpindahan Januari ini.

“Pada Januari? Saya akan katakan, selamat mencuba. Kami sayang Bryan. Dia suka bermain di sini. Dia menjalani musim yang hebat, jadi tiada apa-apa yang akan berlaku,” katanya.

Mbeumo yang ditandatangani dari kelab Perancis, Troyes pada 2019 dengan nilai rekod £5.9 juta (RM32.6 juta), kini menerima gaji £50,000 (RM277,087) seminggu dan difahamkan, United bersedia untuk menggandakan gaji tersebut sebagai tarikan tambahan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI