fbpx

Polis ‘buru’ individu terlibat sindiket tukar milik tanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan beberapa individu yang dipercayai terlibat dalam kegiatan memindah milik tanah secara tidak sah membabitkan ‘orang dalam’ di sebuah pejabat tanah di Selangor.

Mendedahkan perkara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, ketika ini seramai 17 individu telah ditahan berhubung kegiatan terbabit yang disyaki didalangi oleh satu sindiket.

Jelasnya, antara ditahan termasuk tujuh penjawat awam yang bertugas di sebuah pejabat tanah di Selangor dan 10 orang awam berusia lingkungan 33 hingga 57 tahun.

“Kita percaya ia didalangi oleh satu sindiket yang memindahkan nama pemilik tanah. Sindiket kemudian mengupah ‘orang dalam’ untuk mengeksploitasi sistem dengan memadam serta menghilangkan rekod-rekod berkaitan pindah milik hartanah.

“Justeru, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti pembabitkan individu lain dalam jenayah ini,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat JSJK Bukit Aman, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI