fbpx

Laungan reformasi sambut ketibaan Anwar di Masjid India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar meninjau kawasan di sekitar Masjid India selepas menunaikan solat Jumaat, hari ini. - Foto oleh ISKANDAR ISHAK

KUALA LUMPUR – Laungan reformasi menyambut ketibaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid India, di sini tengah hari tadi.

Anwar yang juga Menteri Kewangan dilihat tiba di Masjid India kira-kira pukul 1.15 tengah hari bagi menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan.

Ketibaan beliau disambut pengurusan masjid dan para jemaah yang mengambil kesempatan bersalaman serta bergambar bersama Perdana Menteri.

Khutbah bertajuk Memuliakan Rejab, Menggarap Mustajab disampaikan dalam Bahasa Melayu di masjid berkenaan, berbanding kebiasaan dalam Bahasa Tamil.

Perdana Menteri selepas selesai solat Jumaat turut mengambil kesempatan meninjau kawasan di sekitar Masjid India.

Terdahulu, Anwar hari ini menganjurkan majlis makan tengah hari bagi meraikan rakan sejawatannya dari Jepun, Shigeru Ishiba di Seri Perdana, Putrajaya.

Ishiba, isterinya Yoshiko dan delegasi Jepun yang tiba di Malaysia semalam untuk lawatan rasmi dua hari disambut oleh Anwar di kediaman rasmi Perdana Menteri pada pukul 11.50 pagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI