PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya yang dijangka melanda beberapa kawasan di Pahang dan Johor sehingga lusa.
Menurut MetMalaysia, kawasan yang terlibat termasuklah Rompin di Pahang serta Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru di Johor.
Dalam pada itu, amaran hujan berterusan tahap buruk turut dikeluarkan di beberapa kawasan lain di Pahang iaitu Bera dan Pekan, manakala Johor di Tangkak, Segamat dan Muar.
Bagaimanapun, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di seluruh kawasan Melaka, serta Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman di Terengganu.
Di Pahang, juga menerima amaran serupa di Jerantut, Maran dan Kuantan serta beberapa kawasan di Negeri Sembilan iaitu Kuala Pilah, Jempol dan Tampin.
Sarawak juga tidak terkecuali iaitu di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit) dan Bintulu sehingga lusa. – KOSMO! ONLINE