SEREMBAN – Empat lelaki cedera selepas diserang sekumpulan lelaki bersenjatakan parang dan bertopeng secara terbuka dalam kejadian yang berlaku di sebuah restoran dekat Nilai, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdul Malik Hasim berkata, pada jam lebih kurang 10 malam, polis menerima laporan daripada orang awam memaklumkan terdapat empat lelaki warga tempatan lingkungan umur 44 tahun hingga 59 tahun telah diserang.
“Sekumpulan lelaki yang terus meluru ke arah mangsa yang ketika itu sedang minum dalam sebuah kedai makan. Siasatan awal mendapati mangsa telah diserang kira-kira lima lelaki disyaki warga tempatan dengan bersenjatakan parang.
“Semua mangsa telah dirujuk ke Hospital Tunku Jaafar Seremban (HTJS), Negeri Sembilan untuk rawatan dan dilaporkan stabil. Motif serangan masih dalam siasatan,”katanya kepada pemberita hari ini. – KOSMO! ONLINE