fbpx

Malaysia, Jepun muktamad kerjasama bidang tenaga baharu Mei ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar bersalaman dengan Ishiba selepas sidang akhbar sambutan rasmi Perdana Menteri Jepun ke Malaysia di Kompleks Perdana Putra, Putrajaya, hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Malaysia dan Jepun dijangka memuktamadkan kerjasama dalam bidang tenaga baharu melibatkan industri hidrogen pada Mei ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, inisiatif terbaharu kerajaan Sarawak membabitkan Petroleum Sarawak Bhd. (Petros) dengan kerjasama Petronas itu turut mendapat sokongan Perdana Menteri Jepun, Shigeru Ishiba.

“Premier Sarawak (Tan Sri Abang Johari Tun Openg) telah memberikan jaminan tersebut. Dengan sokongan Perdana Menteri Jepun, kerjasama dalam teknologi baharu ini dan hidrogen diharapkan akan berjaya.

“Kami berharap untuk memudahkan pelaksanaan ini secepat mungkin agar dapat memenuhi tarikh akhir, mungkin pada bulan Mei ini apabila kami bertemu sama ada di Tokyo atau Kuala Lumpur,” katanya menerusi sidang akhbar bersama Perdana Menteri Jepun, Shigeru Ishiba, di sini hari ini.

Ishiba yang dalam lawatan pertamanya ke Malaysia diberi sambutan rasmi negara awal hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI