fbpx

Pesakit mental mengaku sebabkan kematian penghuni pusat jagaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Firdaus mengaku bersalah di atas pertuduhan menyebabkan kematian seorang penghuni sebuah pusat jagaan psikitri di Perumahan Jalan Kampar, minggu lalu. Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

IPOH – Seorang pesakit mental mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan menyebabkan kematian seorang penghuni sebuah pusat jagaan psikitri di Perumahan Jalan Kampar, minggu lalu.

Tertuduh, Muhammad Firdaus Zohare, 32, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Azizah Ahmad.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah melakukan perbuatan yang menyebabkan kematian terhadap Muhammad Afiq Wafiuddin Lokeman, 26, dengan niat di sebuah pusat jagaan di Housing Trust Ipoh di dalam daerah Kinta pada pukul 7.45 pagi, 31 Disember 2024.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, S. Vitthiyeswary memaklumkan kepada mahkamah bahawa tertuduh mempunyai rekod rawatan mental dan menghuni di pusat jagaan berkenaan sejak lapan tahun lalu.

Sehubungan itu, beliau memohon mahkamah menetapkan tarikh lain sementara menunggu laporan perubatan tertuduh, manakala tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon supaya dihantar menjalani rawatan di Hospital Bahagia Ulu Kinta (HBUK), Tanjung Rambutan.

Mahkamah kemudian memerintahkan tertuduh menjalani pemantauan selama sebulan di HBUK dan menetapkan 18 Februari depan untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan pemantauan berkenaan.

Media sebelum ini melaporkan, mayat seorang lelaki ditemukan dalam sebuah bilik tidur di sebuah pusat jagaan swasta dan hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa disebabkan kecederaan abdomen akibat objek tumpul. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI