fbpx

[VIDEO] Aqo Imran tenang, tidak mengaku salah pukul dua pereka fesyen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Imran ketika kEluar dari Mahkamah Majistret, hari ini. - Foto oleh ISKANDAR ISHAK/KOSMO!

PETALING JAYA – Seorang jurugambar yang tular memukul dua pereka fesyen di ruang legar sebuah hotel, di sini mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan mendatangkan kecederaan di Mahkamah Mahkamah Majistret, di sini hari ini.

Tertuduh Muhammad Imran Khairil, 30, membuat pengakuan tidak bersalah itu selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Farah Azura Mohd. Saad.

“Faham, mengaku tidak bersalah,” katanya.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh didakwa mendatangkan kecederaan masing-masing terhadap Azmi Abdul Rahman, 46, dan Raziman Din, 52, dengan menggunakan sebuah kamera sebagai senjata.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah hotel, di sini masing-masing pukul 8.45 malam dan 9 malam pada 8 Januari lalu.

Bagi kedua-dua pertuduhan itu, pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripadanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nurul Husna Amran menawarkan jaminan RM8,000 bagi setiap pertuduhan.

Bagaimanapun peguam Datuk Suraj Singh yang mewakili tertuduh memohon mahkamah memgurangkan jumlah ikat jamin tersebut.

“Tertuduh yang sudah berkahwin merupakan jurugambar bebas dengan pendapatan yang tidak menentu. Semasa tangkapan dibuat tertuduh juga tidak memghilangkan diri,” kata peguam itu yang turut bersama dengan peguam Kailash Sharma.

Selepas mendengar permohonan kedua-dua belah pihak, Majistret Farah Azura kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,500 bagi setiap pertuduhan berserta syarat tambahan dilarang mendekati dan menganggu mangsa.

Tarikh 28 Februari ini ditetapkan sebutan semula kes.

Semalam Kosmo! melaporkan, seorang lelaki ditahan polis akibat tindakannya menyerang dan mencederakan dua pereka fesyen di ruang legar sebuah hotel sekitar Petaling Jaya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, pihaknya menerima dua laporan berhubung kejadian pukul 11 malam.

“Lelaki berusia 30-an berjaya ditahan di tempat kejadian dan kita turut merampas sebuah kamera yang digunakan sebagai senjata di dalam kejadian ini. Suspek dipercayai jurugambar telah menyebabkan mangsa berusia 53 dan 47 tahun itu cedera di pipi,” katanya.

Menurut beliau, kejadian berpunca isu peribadi yang berlaku di antara suspek dan kedua-dua mangsa.

Terdahulu media melaporkan pasangan pereka fesyen itu tidak menolak masalah hutang menjadi punca mereka diserang secara tiba-tiba oleh jurugambar berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI