fbpx

Projek Centrum Iris gabungan moden, klasik Inggeris di Cameron Highlands

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LBS melancarkan projek pembangunan Centrum Iris di Cameron Highlands, menggabungkan elemen moden dan daya tarikan Inggeris.

PETALING JAYA – LBS Bina Group Berhad (LBS), pemaju hartanah terkemuka melancarkan Centrum Iris iaitu projek ini presint kedua di Cameron Centrum dan pembangunan bercampur terbesar dengan pelbagai tawaran komersial di Cameron Highlands, Pahang.

Terletak di lokasi strategik di pusat komersial Brinchang, Centrum Iris merupakan tambahan kepada portfolio LBS dengan nilai Pembangunan Kasar (GDV) sebanyak RM472 juta dan dijangka mentakrifkan semula kehidupan di tanah tinggi dengan gabungan elemen moden dan daya tarikan klasik Inggeris.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan LBS, Tan Sri Lim Hock San berkata, dengan pengiktirafan sijil Silver GreenRE1, Centrum Iris menawarkan 705 unit kediaman bersaiz antara 595 hingga 1,370 kaki persegi dengan harga bermula daripada RM476,000.

“Pembangunan ini turut merangkumi 26 unit komersial berkeluasan antara 615 hingga 2,944 kaki persegi, dengan harga bermula daripada RM676,000.0

“Direka dengan teliti, pembangunan bercampur ini memenuhi keperluan pemilik rumah dan pemilik perniagaan, menggabungkan kemudahan bandar dan keindahan semula jadi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, Centrum Iris menampilkan elemen istimewa seperti English Courtyard, Iris Tea Garden, Songbird Sanctuary, Courtyard Carriage Garden, Iris Maze Garden dan Iris Promenade yang menambah elemen keanggunan dan ketenangan kepada pembangunan ini.

“Ruang-ruang ini direka untuk membangkitkan aura persekitaran tenang, membolehkan penghuni dan pengunjung berehat sambil menikmati keindahan alam semula jadi. Pembangunan ini turut menawarkan 47 kemudahan gaya hidup, termasuk kemudahan rekreasi, direka khas untuk meningkatkan kualiti hidup penghuni.

“Centrum Iris memperkenalkan ciri-ciri inovatif seperti stesen pengecasan kenderaan elektrik (EV) yang menekankan komitmen LBS terhadap gaya hidup lestari. Ia juga menawarkan ruang santai unik berupa restoran dan kafe di atas bumbung, dilengkapi pemandangan tanah tinggi yang menjadikannya destinasi unik,” katanya.

Hock San berkata, Centrum Iris mencerminkan visi LBS untuk mencipta pembangunan bersepadu yang memenuhi gaya hidup moden, sekali gus menawarkan persekitaran kehidupan dinamik dengan keseimbangan antara kemewahan, kemudahan dan ketenangan.

“Dengan gabungan seni bina bergaya dan kemudahan yang pelbagai, kami bukan sahaja mentakrifkan semula kehidupan di tanah tinggi, malah menetapkan penanda aras baharu untuk pembangunan bercampur di Cameron Highlands.

“Centrum Iris merupakan permulaan kepada lebih banyak projek menarik yang bakal dilancarkan. Pembangunan-pembangunan masa hadapan ini memberi nilai tambah kepada penduduk sekitar, di samping turut menawarkan kemudahan inovatif dan elemen unik menggabungkan keselesaan serba moden, disulam dengan keindahan semula jadi tanah tinggi,” katanya.

Mereka yang berminat dengan kediaman di Cameron Highlands, Centrum Iris boleh menghubungi 1700 81 8778 atau layari www.cameroncentrum.com.my, atau berkunjung ke galeri jualan di C-2-48, Presint 1, Cameron Centrum, 39100 Brinchang, Cameron Highlands, Pahang yang dibuka setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 6 petang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI