PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah kepada mangsa kebakaran di Los Angeles, California.
Anwar dalam satu hantaran di Facebook menyifatkan, kebakaran yang telah meragut banyak nyawa, memusnahkan lebih seribu bangunan, dan memusnahkan banyak keluarga, adalah tragedi menyentuh hati semua.
“Malaysia berdiri dalam solidariti dengan rakyat dan kerajaan Amerika Syarikat pada masa yang sukar ini.
“Ingatan kami adalah kepada komuniti terjejas oleh krisis ini, serta perkhidmatan kecemasan yang berani melawan kebakaran itu,” katanya.
Terdahulu, lima orang terbunuh, manakala sejumlah lagi cedera dalam bencana yang dianggap sebagai ‘kebakaran hutan paling memusnahkan dalam sejarah bandar raya Los Angeles’ lapor akhbar The Sun UK, semalam. – KOSMO! ONLINE