fbpx

Pelayan restoran maut, pelajar parah motosikal bertembung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MANGSA meninggal dunia di lokasi kejadian selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah lagi motosikal di Jalan Tanjung Pasir berhampiran Pasaraya TMG di Kuantan, malam semalam.

KUANTAN – Seorang pelayan restoran maut manakala seorang pelajar parah selepas motosikal ditunggangi mereka bertembung di Jalan Tanjung Pasir berhampiran Pasar Raya TMG, malam semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, kejadian kira-kira pukul 11 malam itu berlaku ketika mangsa Nur Aiesyah Mohd Norawie, 23, yang menunggang motosikal jenis Yamaha Ego Avantiz dalam perjalanan dari arah Kotasas menghala ke Kampung Padang.

“Apabila sampai di tempat kejadian, tiba-tiba datang sebuah motosikal jenis Honda AFP 110 dari arah bertentangan masuk ke laluan mangsa dan berlaku perlanggaran.

“Akibat kejadian mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Ego Avantiz meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya hari ini.

Menurutnya, mangsa yang maut dan cedera itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan manakala kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI