fbpx

Everton tidak terjejas Dyche dipecat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain Everton meraikan kejayaan menewaskan Peterborough pada aksi Piala FA di Goodison Park awal pagi tadi. - AFP

LIVERPOOL – Pemecatan pengurus, Sean Dyche beberapa jam sebelum perlawanan berlangsung tidak menghalang Everton daripada mencatat kemenangan 2-0 ke atas Peterborough pada pusingan ketiga Piala FA di Goodison Park awal pagi tadi.

Selepas mengharungi separuh saingan musim ini, pengurusan The Toffees akhirnya hilang sabar selepas menyaksikan pasukan itu bergelut untuk mengelak daripada zon penyingkiran Liga Perdana Inggeris (EPL).

Ketiadaan Dyche diisi jurulatih bawah 18 tahun (B-18), Leighton Baines yang memuji aksi ditampilkan pemain-pemain Everton kerana kekal fokus meskipun mengharungi hari penuh ‘bermasalah’.

BAINES (kiri) mengambil alih Everton buat sementara waktu mengisi kekosongan Dyche yang dipecat sambil dibantu Seamus Coleman (kanan) ketika menang ke atas Peterborough awal pagi tadi. – AFP

“Saya fikir aksi ditampilkan semua pemain hari ini (semalam) cukup bagus. Saya tahu bukanlah sesuatu yang mudah apabila kehilangan pengurus dan kebiasaannya ia berlaku disebabkan ada masalah.

“Pemain-pemain kekal fokus dan cuba menunjukkan respons. Bagi saya, mereka menjalankan tugas dengan baik, lebih-lebih lagi berdepan Peterborough yang sentiasa memberi cabaran kepada pasukan seperti kami,” katanya.

Pada perlawanan itu, Everton mempamerkan aksi cukup baik dengan menguasai sebahagian besar permainan sebelum menjaringkan dua gol menerusi Beto dan Iliman Ndiaye yang menyempurnakan sepakan penalti.

“Walaupun kami kehilangan seorang pengurus tetapi pemain-pemain masih optimis dan memiliki harapan cukup besar. Pasukan ini sedang mengalami perubahan, termasuk pemilik dan stadium,” ujar Baines. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI