fbpx

JDT pilih penyerang berbisa Argentina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HERRERA menjadi pemain import baharu JDT dan sedang menjalani kuarantin sebelum diperkenalkan secara rasmi selepas ini.

Oleh MOHAMAD FAIZAL HASHIM

KHABAR angin mengenai Johor Darul Ta’zim (JDT) menandatangani penyerang import kelahiran Argentina akhirnya terjawab selepas perkara itu disahkan oleh kelab bola sepak tersebut semalam.

JDT mengumumkan telah menandatangani Jonathan Herrera sebagai penyerang import baharu Harimau Selatan di Facebook rasmi JDT, JOHOR Southern Tigers.

Pengarah Sukan Kelab Bola Sepak JDT, Martin Prest berkata, kelab membuat keputusan menyambar penyerang berusia 29 tahun itu bagi melengkapkan pasukan untuk menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2021 ini.

“Kami telah melihat beberapa pemain untuk melengkap­kan pasukan dan pada ­akhirnya, kami memutuskan untuk menandatangani Herrera sebagai penyerang luar negara kami.

“Kami percaya Herrera adalah pemain yang sesuai oleh kerana umurnya dan cara beliau bermain sesuai dengan corak permainan kami.

“Kami akan memper­kenalkan Herrera secara rasmi selepas dia melengkapkan tempoh kuarantin dan akan me­ngumumkan lagi dua pemain selepas itu,” katanya dalam ke­nyataan di Facebook rasmi JDT.

Herrera sebelum ini bermain untuk kelab Deportivo Riestra yang beraksi pada divisyen kedua Liga Argentina sejak 2013 hingga 2019.

Sepanjang tempoh itu, Herrera membantu pasukan apabila menjaringkan sebanyak 104 gol dalam 166 penampilan bersama pasukan berkenaan.

Dalam tempoh tujuh tahun bersama pasukan tersebut, Herrera telah dipinjamkan kepada beberapa pasukan termasuk pasukan pada saingan liga Vene­zuela dan Chile.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI